Sajian Berita

PERSIAP DIRI: Dua wanita tua sedang berlatih seni bela diri kungfu. – Foto AP

 

LUAR NEGARA Kian ramai wanita tua belajar kungfu bagi elak dirogol NAIROBI (Kenya): Semakin ramai wanita, termasuk warga tua, yang tinggal di kawasan setinggan Korogocho di Nairobi, ibu kota Kenya, kini belajar seni bela diri. Sebabnya, sejak kebelakangan ini, semakin ramai wanita tua menjadi mangsa rogol.

Tahun lalu, sebuah hospital di Nairobi merawat 437 mangsa rogol yang usia mereka melebihi 60 tahun. Para pegawai berkata, sesetengah perogol percaya wanita tua dapat menyembuhkan penyakit Aids. Manakala yang lain pula percaya merogol wanita tua boleh menghapuskan dosa selepas melakukan jenayah.

Ekoran kes rogol yang semakin menjadi-jadi, sekumpulan 50 wanita, kebanyakan mereka boleh dipanggil nenek, telah mendaftar untuk belajar kungfu di sebuah balai rakyat. Anehnya, ada di antara jurulatihnya juga wanita tua. Jurulatih itu mengajar rakan-rakan sebayanya cara mempertahankan diri daripada perogol yang sering menjadikan wanita di kejiranan itu sebagai sasaran.

 ‘Cucuk matanya dengan dua jari, tumbuk ulu hatinya, tendang kelengkangnya, kemudian pusing, terus lari!’ pekik jurulatih berkenaan.

 Wanita-wanita itu berkata mereka terpaksa membela nasib sendiri. Ini kerana polis jarang meronda di lorong-lorong gelap di kawasan setinggan itu. Apabila ada suspek rogol dilaporkan kepada polis, mereka selalunya menyogok duit agar dibebaskan, kata wanita-wanita itu.

Sementara itu, di balai rakyat Korogocho, seorang wanita warga tua menendang karung tinju. Cik Mary Wangui, 70 tahun, menumbuk karung tinju sekuat hati. Hentakannya membuat jurulatih, Cik Sheila Kariuki, berusia 20-an tahun, turut tercampak ke lantai.

Sekumpulan 30 wanita lain yang berusia antara 50 dengan 80 tahun, bertepuk tangan dan bersorak sewaktu menunggu giliran masing-masing.

‘Bila kami menumbuk karung tinju, kami bayangkan menumbuk hidung, ulu hati dan kelengkang si penyerang supaya kami ada masa untuk melarikan diri,’ kata Cik Wangui, yang sudah menjalani latihan hampir dua tahun.

Seramai 10 wanita tua dirogol dan dibunuh sepanjang dua tahun lalu di Korogocho, tetapi tiada suspek yang diberkas, kata Cik Kariuki. Banyak kes rogol juga tidak dilaporkan kepada polis. — AP.

ARAHAN:

Tuliskan renungan tentang artikel berita ini yang panjangnya tidak kurang daripada 100 patah perkataan.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Sajian Berita

DETIK DETIK CEMAS DAN TAKUT: Beginilah afez berkali-kali menampar muka Ila yang tidak dapat berbuat apa-apa. Foto INTERNET

 
16 Mei 2010

SINGAPURA

‘Cium kaki atau ikut masuk lif’

Isu: Pelajar perempuan cerita ketakutan yang dialami kerana ‘dikerjakan’ teman sekolah dalam lif

MELUTUT, merangkak dan mencium kaki untuk meminta maaf atau ikut masuk ke dalam lif?

Itulah dua pilihan yang diberikan kepada Ila .

‘Pada masa itu, saya tak fikir apa-apa lagi. Tapi, saya tak mahu cium kaki dia. Jadi, saya ikutlah dia masuk ke dalam lif,’ kata pelajar Sekolah Menengah Siglap berusia 15 tahun itu.

Namun, tanpa disedarinya, di dalam lif itulah kehidupannya bakal berubah.

Sekitar seminggu lalu, Ila sekadar remaja biasa.

Namun, sejak video selama 80 saat dia ditampar berkali-kali oleh seorang pelajar lelaki di dalam lif dimuat naik ke Internet, hidup remaja itu tidak lagi seperti dulu.

‘Di sekolah, semua orang dah tengok video itu. Sampai kat luar pun orang kenal muka saya. Saya malu,’ kata Ila.

Semasa dihubungi Berita Minggu, Ila hanya menjawab ringkas kerana telah dinasihati pengetuanya supaya tidak bercakap kepada media.

Menceritakan detik-detik di dalam lif itu, Ila berkata ia merupakan saat paling mencemaskan dalam hidupnya.

Apakan tidak, bukan sahaja dia ditampar sebanyak 13 kali di dalam lif, bahkan kepalanya juga dihentak ke dinding lif dan rambutnya ditarik oleh seorang remaja lelaki.

Remaja lelaki itu, Afez Anuar, juga 15 tahun, merupakan teman sekolah Ila.

Bagi Ila, lebih menyedihkan ialah video itu telah dirakam oleh seorang kawan perempuan Ila sendiri, juga dari Sekolah Menengah Siglap.

Ada sesetengah pengguna Internet yang ragu-ragu sama ada insiden tersebut benar-benar berlaku dan menyoal sama ada video itu satu lakonan semata-mata.

Ila menolak keras dakwaan itu.

‘Seluruh muka dan mata saya lebam dan bengkak selepas kejadian itu. Tak ‘kanlah ni main-main,’ ujar Ila.

Kejadian itu berlaku sekitar dua minggu lalu sebelum klip video tersebut dimuat naik ke dalam laman Facebook.

Teman-teman yang mengenali kededua remaja itu memberitahu Berita Minggu, Afez, yang bernaluri lembut, memang jenis yang suka menyakat dan mengacau orang.

Dan kadangkala, perbuatan remaja itu keterlaluan.

Menurut salah seorang teman mereka, yang hanya ingin dikenali sebagai Nora, perbuatan Afez yang mengganggu Ila secara keterlaluan, merupakan angkara kejadian sepak di dalam lif itu.

‘Afez lakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah Ila. Jadi, Ila marah dan menggunakan kata-kata kesat kepada Afez dan Afez tak puas hati.

‘Lepas tu, Afez ludah ke muka Ila,’ terang Nora.

Ditanya wartawan, Ila mengesahkan perkara itu dan menambah selepas insiden tersebut, dia begitu takut untuk ke sekolah.

Menyambung cerita, Ila berkata salah seorang gurunya mendapat tahu mengenai kejadian itu dan membawa kededua pelajar untuk berdamai.

Bagaimanapun, Afez naik berang apabila perbuatan nakalnya sampai ke pengetahuan guru.

Dia dan beberapa teman lelaki dan perempuannya yang lain kemudian menunggu Ila di kolong blok berdekatan sekolah.

Tidak diketahui sama ada mereka berada di sana untuk menyokong Afez atau menyaksikan saja kejadian yang akan berlaku.

Di situlah, Afez memberi Ila kata dua – sama ada melutut dan mencium kakinya atau ikut masuk ke dalam lif.

‘Saya tak terfikir yang saya akan ditampar di dalam lif. Saya ingat minta maaf dan lepas tu settle,’ kata Ila ringkas.

Ramai pengguna Internet juga menyoal kenapa Ila sekadar berdiam diri semasa disepak berkali-kali dan tidak cuba mempertahankan dirinya.

Remaja itu berkata, dia terlalu terkejut untuk bertindak. Lagipun, dia takut kalau-kalau dia melawan, Afez akan bertindak lebih ganas.

Menurut Ila, apa yang lebih menyedihkan ialah beberapa temannya yang berada di situ langsung tidak menghulurkan bantuan mahupun melaporkan kejadian itu kepada guru atau pihak polis.

‘Sebaliknya, mereka ketawakan saya. Sekarang saya baru tahu siapa sebenarnya teman saya,’ katanya, sambil bergegas ingin mengakhiri perbualan dengan wartawan.

Berita Minggu telah melawat rumah Ila dan bercakap dengan ibunya.

Beliau enggan namanya disiarkan dan hanya bersetuju bercakap dengan wartawan di balik bingkai pintu.

Menurut ibu Ila, keluarganya hanya mengetahui mengenai perkara itu beberapa hari lalu kerana Ila merahsiakan kejadian itu daripada mereka.

‘Semasa tengok video tu, saya tak berhenti menangis,’ katanya menahan sebak.

Beliau menambah, ramai saudara-maranya yang marah apabila mendapat tahu perkara itu.

‘Mereka semua nak cari budak lelaki tu, nak bantai dia. Tapi, saya dan suami tak benarkan. Biar pihak sekolah dan polis yang uruskan perkara itu.

‘Sebagai ibu, tentulah saya sangat marah, kecewa dan sedih. Saya dan suami tidak pernah pukul anak saya. Ini orang luar sepak dia macam tu dan masukkan ke Internet pulak.

‘Sekarang kami sudah ambil tindakan undang-undang. Jadi, kita nantikan saja,’ katanya.

Dipetik daripada: http://cyberita.asia1.com.sg/

 

ARAHAN:

Tuliskan sebuah renungan yang panjangnya tidak kurang daripada 100 patah perkataan di sesawang Bahasa Melayu kamu mengenai isu ini. Gambarkan perasaan dan reaksi kamu terhadap emosi ini dan mengapa kamu rasa sedemikian rupa.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

2E: Unit 6 (Yang Molek Itu Budi)

Bahagian A

(Jawab bahagian ini dengan meninggalkan komen di pos ini)

1. Mengapa pengguna jalan raya dalam video ini tersenyum dan kelihatan gembira?

2. Nyatakan tiga contoh bagaimana pengguna jalanraya boleh menunjukkan tatatertib.

Bahagian B

1. Buat poster yang mempromosikan budi bahasa di Powerpoint. Kemudian simpan fail itu sebagai fail gambar.

2. Muatnaikkan poster kamu di pos terkini di sesawang kamu.

9 Comments

Filed under Uncategorized

1E: Unit 6 (Milik Yang Tidak Ternilai)

Bahagian A

Jawab soalan ini di bahagian komen:

– Mengapa kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat.

– Berikan beberapa cara bagaimana kita boleh mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Bahagian B

Jawab bahagian ini di sesawang (blog) bahasa Melayu kamu:

– Cari satu resepi yang sedap dan menyihatkan. (contoh: sanwic / salad dll.)

– Tuliskan sebab mengapa kamu memilih resepi ini dengan menyatakan kelebihan makanan ini.

(Para pelajar digalakkan menggunakan atau menyisipkan gambar dalam pos sendiri. Para pelajar diwajibkan menyatakan sumber lelaman resepi pilihan. Apabila sudah selesai, para pelajar digalakkan untuk meninggalkan komen di sesawang teman-teman yang lain. Ingat, berbahasa biarlah beradab dan beralas!)

9 Comments

Filed under Uncategorized

2E: Unit 14 (Sehati Sejiwa)

Bahagian A : Jawab soalan-soalan ini di bahagian komen.

i. Siapakah Leftenan Adnan?
ii. Apakah sumbangan Leftenan Adnan kepada Singapura dan mengapa beliau disanjung sebagai wira negara?

Bahagian B: Jawab soalan ini dengan menulis dalam bentuk laporan di sesawang peribadi kamu.

Pilih seorang wira Singapura yang disanjung kerana jasanya dalam peperangan dunia kedua.

(i) Terangkan sedikit butiran peribadi beliau dan ( ii) jasa beliau kepada negeri Singapura.

Cuba selitkan gambar atau video beliau jika ada. Jika anda memetik atau menukil kata-kata dari sesebuah lelaman, tolong nyatakan sumbernya di akhir penulisan. Selepas selesai menulis laporan kamu, lungsuri lelaman teman-teman kamu dan berikan komen.

9 Comments

Filed under Uncategorized

3N: Unit 4 (Tak Kenal Maka Tak Cinta)

 

A. Jawab soalan-soalan ini di bahagian komen di pos ini:

  1. Apa pendapat kamu tentang sarkis?
  2. Adakah binatang-binatang patut dilatih untuk hiburan manusia?

 

B. Jawab soalan ini di sesawang kamu sendiri.

  1. Cari satu jenis binatang yang hampir pupus. Tuliskan laporan pendek tentang ciri-cirinya.
  2. Tuliskan beberapa cara kamu sebagai seorang pelajar dapat memastikan binatang ini tidak pupus.

7 Comments

Filed under Uncategorized

2E: Unit 5 (Tiada Bandingan)

A. Tonton video ini, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan meninggalkan komen di dalam pos ini.

  1. Pernahkah kamu pergi melihat salah satu daripada binaan ajaib di dunia?
  2. Binaan ajaib yang mana yang paling kamu gemari & mengapa?

 

B. Cari informasi tentang satu binaan ajaib. Tulis secara ringkas tentang apa keistimewaannya dan pendapat kamu tentang binaan ajaib tersebut.

9 Comments

Filed under Uncategorized

1E: Unit 5 (Cetera Silam)

A. Tonton video ini, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan meninggalkan komen di dalam pos ini.

  1. Cerita silam / lagenda apakah yang digunakan dalam video ini?
  2. Adakah kamu minat dengan cerita-cerita lagenda?
  3. Apa yang dapat dilakukan untuk memastikan cerita-cerita lagenda tidak luput ditelan zaman?

 

B. Cari satu cerita lagenda. Tulis secara ringkas tentang inti cerita lagenda itu. Kemudian tuliskan pengajaran yang dapat kita pelajari daripada cerita lagenda berikut.

9 Comments

Filed under Uncategorized

2E: Unit 4 (Seronoknya Menari)

A. Tonton video ini, kemudian jawab soalan-soalan berikut di bahagian komen:

  1. Kesenian apakah ini?
  2. Adakah remaja pada zaman ini masih meminati kesenian ini?

 

B.

Dalam sesawang peribadi kamu, pilih satu kesenian melayu dan tulis tentang cara permainannya. Sisipkan juga video atau gambar jika ada. Berikan pendapat kamu bagaimana kita dapat menarik minat para remaja Melayu untuk menyertai kesenian tersebut.

9 Comments

Filed under Uncategorized

Kebakaran di Masjid Siglap

BH_IMAGES_TKSIGLAP_P
HANYA TINGGAL RANGKA: Beginilah keadaan di dewan solat di tingkat dua Masjid Kampong Siglap yang musnah dijilat api sehingga bumbung dewan solat roboh. — Foto TAUFIK A. KADER

 
8 Okt 2009

SINGAPURA

MASJID KAMPONG SIGLAP TERBAKAR
Remaja didakwa sebabkan kebakaran

Oleh
Hisham Hasim Dan Shamsul Jangarodin

REMAJA lelaki yang dikatakan menyebabkan kebakaran besar di Masjid Kampong Siglap hingga mengakibatkan kerugian lebih $1 juta telah didakwa di Mahkamah Juvenil pagi semalam.

Remaja berusia 14 tahun itu dituduh berkelakuan nakal sekitar 1.15 petang kelmarin dengan menyalakan api menggunakan pemetik api dan berniat melakukan kerosakan pada hartanah.

Remaja itu bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan.

Ibu bapa remaja tersebut berada di mahkamah semasa perbicaraan semalam.

Pendakwa polis telah meminta agar remaja itu ditahan di Singapore Boys’ Home bagi menjalani penilaian psikiatri.

Ketika ditanya Hakim Daerah Lim Keng Yeow jika mereka ada apa-apa untuk dinyatakan, ibu bapa remaja tersebut memilih untuk berdiam diri.

Kes remaja itu akan didengar lagi pada 14 Oktober.

Jika sabit kesalahan, remaja itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Kebakaran sekitar 2 petang kelmarin telah memusnahkan sebahagian dewan solat di tingkat satu dan dua masjid itu, antara masjid tertua di Singapura.

Api dipercayai bermula daripada rak-rak buku dalam dewan solat di tingkat dua masjid.

Semasa kejadian, terdapat sekitar 30 jemaah di dewan solat dan 120 murid prasekolah di bangunan Darul Quran Singapura dan kesemua mereka sempat melarikan diri.

Tiada kecederaan dilaporkan kecuali seorang jemaah, Haji Gunawan Ali, yang cedera setelah terjatuh dan telah diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Besar Changi (CGH).

Semalam, Berita Harian telah ke masjid tersebut untuk melihat setakat mana kerosakan di tapak kebakaran itu.

Hampir keseluruhan bumbung dewan solat masjid itu telah roboh, menyebabkan sebahagian besar dewan solatnya kini melopong.

Kepingan jubin dan struktur kayu daripada bumbung masjid berselerakan di lantai.

Selain itu beberapa bahan bacaan hangus terbakar. Beberapa naskhah Al-Quran turut terbakar.

Turut dibaham api ialah wayar dan kelengkapan elektrik seperti kipas angin, lampu, jam dan sistem bunyi yang cair di serata dewan solat tingkat satu dan dua masjid tersebut.

Menurut Ketua Pentadbir dan Operasi serta Pengurus Mutu Khidmat Masjid Kampong Siglap, Encik Eznillah Razali, kerja-kerja pembaikan semula akan dilakukan secepat mungkin dan dianggarkan memakan masa sembilan bulan.

Dua jurunilai daripada McLarens Young International juga sedang giat menjalankan penilaian dan mengambil gambar kemusnahan semalam.

Menurut Encik Mustapha Kamal, wakil insurans NTUC Income bagi masjid tersebut, anggaran penilaian kerosakan itu akan disiapkan dalam tempoh seminggu.

Beliau mengatakan bahawa Masjid Kampong Siglap mempunyai perlindungan insurans kebakaran yang lengkap.

(Dipetik dari lelaman www.cyberita.com )

 

Kongsi perasaan dan pandangan kamu terhadap kejadian tersebut. Tulis di pos baru di sesawang peribadi kamu.

5 Comments

Filed under Uncategorized