Sajian Berita

PERSIAP DIRI: Dua wanita tua sedang berlatih seni bela diri kungfu. – Foto AP

 

LUAR NEGARA Kian ramai wanita tua belajar kungfu bagi elak dirogol NAIROBI (Kenya): Semakin ramai wanita, termasuk warga tua, yang tinggal di kawasan setinggan Korogocho di Nairobi, ibu kota Kenya, kini belajar seni bela diri. Sebabnya, sejak kebelakangan ini, semakin ramai wanita tua menjadi mangsa rogol.

Tahun lalu, sebuah hospital di Nairobi merawat 437 mangsa rogol yang usia mereka melebihi 60 tahun. Para pegawai berkata, sesetengah perogol percaya wanita tua dapat menyembuhkan penyakit Aids. Manakala yang lain pula percaya merogol wanita tua boleh menghapuskan dosa selepas melakukan jenayah.

Ekoran kes rogol yang semakin menjadi-jadi, sekumpulan 50 wanita, kebanyakan mereka boleh dipanggil nenek, telah mendaftar untuk belajar kungfu di sebuah balai rakyat. Anehnya, ada di antara jurulatihnya juga wanita tua. Jurulatih itu mengajar rakan-rakan sebayanya cara mempertahankan diri daripada perogol yang sering menjadikan wanita di kejiranan itu sebagai sasaran.

 ‘Cucuk matanya dengan dua jari, tumbuk ulu hatinya, tendang kelengkangnya, kemudian pusing, terus lari!’ pekik jurulatih berkenaan.

 Wanita-wanita itu berkata mereka terpaksa membela nasib sendiri. Ini kerana polis jarang meronda di lorong-lorong gelap di kawasan setinggan itu. Apabila ada suspek rogol dilaporkan kepada polis, mereka selalunya menyogok duit agar dibebaskan, kata wanita-wanita itu.

Sementara itu, di balai rakyat Korogocho, seorang wanita warga tua menendang karung tinju. Cik Mary Wangui, 70 tahun, menumbuk karung tinju sekuat hati. Hentakannya membuat jurulatih, Cik Sheila Kariuki, berusia 20-an tahun, turut tercampak ke lantai.

Sekumpulan 30 wanita lain yang berusia antara 50 dengan 80 tahun, bertepuk tangan dan bersorak sewaktu menunggu giliran masing-masing.

‘Bila kami menumbuk karung tinju, kami bayangkan menumbuk hidung, ulu hati dan kelengkang si penyerang supaya kami ada masa untuk melarikan diri,’ kata Cik Wangui, yang sudah menjalani latihan hampir dua tahun.

Seramai 10 wanita tua dirogol dan dibunuh sepanjang dua tahun lalu di Korogocho, tetapi tiada suspek yang diberkas, kata Cik Kariuki. Banyak kes rogol juga tidak dilaporkan kepada polis. — AP.

ARAHAN:

Tuliskan renungan tentang artikel berita ini yang panjangnya tidak kurang daripada 100 patah perkataan.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s