Sajian Berita

DETIK DETIK CEMAS DAN TAKUT: Beginilah afez berkali-kali menampar muka Ila yang tidak dapat berbuat apa-apa. Foto INTERNET

 
16 Mei 2010

SINGAPURA

‘Cium kaki atau ikut masuk lif’

Isu: Pelajar perempuan cerita ketakutan yang dialami kerana ‘dikerjakan’ teman sekolah dalam lif

MELUTUT, merangkak dan mencium kaki untuk meminta maaf atau ikut masuk ke dalam lif?

Itulah dua pilihan yang diberikan kepada Ila .

‘Pada masa itu, saya tak fikir apa-apa lagi. Tapi, saya tak mahu cium kaki dia. Jadi, saya ikutlah dia masuk ke dalam lif,’ kata pelajar Sekolah Menengah Siglap berusia 15 tahun itu.

Namun, tanpa disedarinya, di dalam lif itulah kehidupannya bakal berubah.

Sekitar seminggu lalu, Ila sekadar remaja biasa.

Namun, sejak video selama 80 saat dia ditampar berkali-kali oleh seorang pelajar lelaki di dalam lif dimuat naik ke Internet, hidup remaja itu tidak lagi seperti dulu.

‘Di sekolah, semua orang dah tengok video itu. Sampai kat luar pun orang kenal muka saya. Saya malu,’ kata Ila.

Semasa dihubungi Berita Minggu, Ila hanya menjawab ringkas kerana telah dinasihati pengetuanya supaya tidak bercakap kepada media.

Menceritakan detik-detik di dalam lif itu, Ila berkata ia merupakan saat paling mencemaskan dalam hidupnya.

Apakan tidak, bukan sahaja dia ditampar sebanyak 13 kali di dalam lif, bahkan kepalanya juga dihentak ke dinding lif dan rambutnya ditarik oleh seorang remaja lelaki.

Remaja lelaki itu, Afez Anuar, juga 15 tahun, merupakan teman sekolah Ila.

Bagi Ila, lebih menyedihkan ialah video itu telah dirakam oleh seorang kawan perempuan Ila sendiri, juga dari Sekolah Menengah Siglap.

Ada sesetengah pengguna Internet yang ragu-ragu sama ada insiden tersebut benar-benar berlaku dan menyoal sama ada video itu satu lakonan semata-mata.

Ila menolak keras dakwaan itu.

‘Seluruh muka dan mata saya lebam dan bengkak selepas kejadian itu. Tak ‘kanlah ni main-main,’ ujar Ila.

Kejadian itu berlaku sekitar dua minggu lalu sebelum klip video tersebut dimuat naik ke dalam laman Facebook.

Teman-teman yang mengenali kededua remaja itu memberitahu Berita Minggu, Afez, yang bernaluri lembut, memang jenis yang suka menyakat dan mengacau orang.

Dan kadangkala, perbuatan remaja itu keterlaluan.

Menurut salah seorang teman mereka, yang hanya ingin dikenali sebagai Nora, perbuatan Afez yang mengganggu Ila secara keterlaluan, merupakan angkara kejadian sepak di dalam lif itu.

‘Afez lakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah Ila. Jadi, Ila marah dan menggunakan kata-kata kesat kepada Afez dan Afez tak puas hati.

‘Lepas tu, Afez ludah ke muka Ila,’ terang Nora.

Ditanya wartawan, Ila mengesahkan perkara itu dan menambah selepas insiden tersebut, dia begitu takut untuk ke sekolah.

Menyambung cerita, Ila berkata salah seorang gurunya mendapat tahu mengenai kejadian itu dan membawa kededua pelajar untuk berdamai.

Bagaimanapun, Afez naik berang apabila perbuatan nakalnya sampai ke pengetahuan guru.

Dia dan beberapa teman lelaki dan perempuannya yang lain kemudian menunggu Ila di kolong blok berdekatan sekolah.

Tidak diketahui sama ada mereka berada di sana untuk menyokong Afez atau menyaksikan saja kejadian yang akan berlaku.

Di situlah, Afez memberi Ila kata dua – sama ada melutut dan mencium kakinya atau ikut masuk ke dalam lif.

‘Saya tak terfikir yang saya akan ditampar di dalam lif. Saya ingat minta maaf dan lepas tu settle,’ kata Ila ringkas.

Ramai pengguna Internet juga menyoal kenapa Ila sekadar berdiam diri semasa disepak berkali-kali dan tidak cuba mempertahankan dirinya.

Remaja itu berkata, dia terlalu terkejut untuk bertindak. Lagipun, dia takut kalau-kalau dia melawan, Afez akan bertindak lebih ganas.

Menurut Ila, apa yang lebih menyedihkan ialah beberapa temannya yang berada di situ langsung tidak menghulurkan bantuan mahupun melaporkan kejadian itu kepada guru atau pihak polis.

‘Sebaliknya, mereka ketawakan saya. Sekarang saya baru tahu siapa sebenarnya teman saya,’ katanya, sambil bergegas ingin mengakhiri perbualan dengan wartawan.

Berita Minggu telah melawat rumah Ila dan bercakap dengan ibunya.

Beliau enggan namanya disiarkan dan hanya bersetuju bercakap dengan wartawan di balik bingkai pintu.

Menurut ibu Ila, keluarganya hanya mengetahui mengenai perkara itu beberapa hari lalu kerana Ila merahsiakan kejadian itu daripada mereka.

‘Semasa tengok video tu, saya tak berhenti menangis,’ katanya menahan sebak.

Beliau menambah, ramai saudara-maranya yang marah apabila mendapat tahu perkara itu.

‘Mereka semua nak cari budak lelaki tu, nak bantai dia. Tapi, saya dan suami tak benarkan. Biar pihak sekolah dan polis yang uruskan perkara itu.

‘Sebagai ibu, tentulah saya sangat marah, kecewa dan sedih. Saya dan suami tidak pernah pukul anak saya. Ini orang luar sepak dia macam tu dan masukkan ke Internet pulak.

‘Sekarang kami sudah ambil tindakan undang-undang. Jadi, kita nantikan saja,’ katanya.

Dipetik daripada: http://cyberita.asia1.com.sg/

 

ARAHAN:

Tuliskan sebuah renungan yang panjangnya tidak kurang daripada 100 patah perkataan di sesawang Bahasa Melayu kamu mengenai isu ini. Gambarkan perasaan dan reaksi kamu terhadap emosi ini dan mengapa kamu rasa sedemikian rupa.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s