Kebakaran di Masjid Siglap

BH_IMAGES_TKSIGLAP_P
HANYA TINGGAL RANGKA: Beginilah keadaan di dewan solat di tingkat dua Masjid Kampong Siglap yang musnah dijilat api sehingga bumbung dewan solat roboh. — Foto TAUFIK A. KADER

 
8 Okt 2009

SINGAPURA

MASJID KAMPONG SIGLAP TERBAKAR
Remaja didakwa sebabkan kebakaran

Oleh
Hisham Hasim Dan Shamsul Jangarodin

REMAJA lelaki yang dikatakan menyebabkan kebakaran besar di Masjid Kampong Siglap hingga mengakibatkan kerugian lebih $1 juta telah didakwa di Mahkamah Juvenil pagi semalam.

Remaja berusia 14 tahun itu dituduh berkelakuan nakal sekitar 1.15 petang kelmarin dengan menyalakan api menggunakan pemetik api dan berniat melakukan kerosakan pada hartanah.

Remaja itu bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan.

Ibu bapa remaja tersebut berada di mahkamah semasa perbicaraan semalam.

Pendakwa polis telah meminta agar remaja itu ditahan di Singapore Boys’ Home bagi menjalani penilaian psikiatri.

Ketika ditanya Hakim Daerah Lim Keng Yeow jika mereka ada apa-apa untuk dinyatakan, ibu bapa remaja tersebut memilih untuk berdiam diri.

Kes remaja itu akan didengar lagi pada 14 Oktober.

Jika sabit kesalahan, remaja itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Kebakaran sekitar 2 petang kelmarin telah memusnahkan sebahagian dewan solat di tingkat satu dan dua masjid itu, antara masjid tertua di Singapura.

Api dipercayai bermula daripada rak-rak buku dalam dewan solat di tingkat dua masjid.

Semasa kejadian, terdapat sekitar 30 jemaah di dewan solat dan 120 murid prasekolah di bangunan Darul Quran Singapura dan kesemua mereka sempat melarikan diri.

Tiada kecederaan dilaporkan kecuali seorang jemaah, Haji Gunawan Ali, yang cedera setelah terjatuh dan telah diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Besar Changi (CGH).

Semalam, Berita Harian telah ke masjid tersebut untuk melihat setakat mana kerosakan di tapak kebakaran itu.

Hampir keseluruhan bumbung dewan solat masjid itu telah roboh, menyebabkan sebahagian besar dewan solatnya kini melopong.

Kepingan jubin dan struktur kayu daripada bumbung masjid berselerakan di lantai.

Selain itu beberapa bahan bacaan hangus terbakar. Beberapa naskhah Al-Quran turut terbakar.

Turut dibaham api ialah wayar dan kelengkapan elektrik seperti kipas angin, lampu, jam dan sistem bunyi yang cair di serata dewan solat tingkat satu dan dua masjid tersebut.

Menurut Ketua Pentadbir dan Operasi serta Pengurus Mutu Khidmat Masjid Kampong Siglap, Encik Eznillah Razali, kerja-kerja pembaikan semula akan dilakukan secepat mungkin dan dianggarkan memakan masa sembilan bulan.

Dua jurunilai daripada McLarens Young International juga sedang giat menjalankan penilaian dan mengambil gambar kemusnahan semalam.

Menurut Encik Mustapha Kamal, wakil insurans NTUC Income bagi masjid tersebut, anggaran penilaian kerosakan itu akan disiapkan dalam tempoh seminggu.

Beliau mengatakan bahawa Masjid Kampong Siglap mempunyai perlindungan insurans kebakaran yang lengkap.

(Dipetik dari lelaman www.cyberita.com )

 

Kongsi perasaan dan pandangan kamu terhadap kejadian tersebut. Tulis di pos baru di sesawang peribadi kamu.

5 Comments

Filed under Uncategorized

5 responses to “Kebakaran di Masjid Siglap

  1. nadiazul

    Saya berasa sedih kerana masjid ini telah dijilat api . Tetapi yang menabjubkan ialah quran di masjid itu tidah terbakar.. Budah yang membuat masjid ini terbakar harus dihukum kerana dia telah membuat banyak masjid ini terbakar dan ini adalah kali pertama masjid terbakar di singpura ….

  2. Ahlian Berg

    Ini kali pertama saya mendapat tahu bahawa salah satu masjid di Singapura habis dijilat api . Saya amat terperanjat yang seorang budak lelaki yang membuat demikian . Saya rasa , budak lelaki itu tidak berfikir jauh bahawa api yang dimain oleh nya itu akan membuat satu kebakaran yang besar . Budak lelaki itu harus diletakkan di Singapore Boys Home untuk hukuman supaya dia tidak akan membuat kesilapan ini lagi .

  3. syahreena

    Inilah kali pertama yang saya dengar bahawa ada kebakaran di masjid. Syukur tiada orang yang mengalami kecedaraan yang parah.

  4. dyla

    Saya amat terkejut apabila terdengar berita tentang kebakaran di masjid kerana selama ini, tidak pernah pun kejadian ini belaku. Saya rasa budak yang berumur 14 tahun itu mungkin tidak sengaja sehingga masjid itu terbakar.Yang menajubkan hairannya ialah, quran-quran di situ tidak terbakar. Walau bagaimanapun tiada sesiapa pun cedera.

  5. diana zack

    Alhamdulillah pelakunya telah tertangkap.Kita smua harus bersyukur kerna tiada insan yg terkorban.Mungkin skrg ramai yg tertanya-tanya,apakah niat sipelaku itu?Dia sengaja atau setakat bergurau dgn teman-temannya sambil bermain dgn api?Biar polis saja yg menguruskannya.Sama-samalah kita berdoa agar masjid ini dpt beroperasi semula dgn cepat.Syabas pada kakitangan masjid yg dgn tenang dan bijak menanganinya dgn baik sekali.Tidak lupa juga pada individu yg sama-sama dgn rela hati membantu dgn tidak mempedulikan keselamatan diri sendiri.Semoga ia akan menjadi iktibar pada pihak masjid-masjid lainnya.Insya’allah…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s