2E: Unit 15 ( Pada suatu ketika dahulu…)

 

Dalam video ini, Hang Tuah mengatakan bahawa Jebat patut dibunuh kerana menderhaka kepada Sultan. Adakah kamu setuju dengan pernyataan Hang Tuah? Mengapa? Berikan pendapat kamu dalam bentuk komen di dalam pos ini.

Ada beberapa pendapat yang mengangkat Hang Tuah sebagai wira, manakala ada pula yang menjunjung Hang Tuah sebagai wira. Apa definisi seorang wira? Siapakah wira dalam kisah Hang Tuah dan Jebat ini? Lungsuri internet dan tuliskan sebuah esei yang panjangnya tidak kurang daripada 150 patah perkataan untuk menjelaskan konsep wira dan juga beberapa sebab mengapa kamu rasa Hang Tuah atau Jebat yang sepatutnya dinobatkan sebagai wira dalam kisah yag kamu tonton tadi. Tuliskan esei ini dalam bentuk pos baru di sesawang peribadi kamu.

 

Jika berkesempatan, kamu juga digalakkan untuk memberikan komen di sesawang kawan kamu tentang pendapat mereka.

14 Comments

Filed under Uncategorized

14 responses to “2E: Unit 15 ( Pada suatu ketika dahulu…)

  1. theseller

    Saya setuju dengan Hang Tuah kerana saya merasa Jebat sudah membunuh banyak orang.

  2. Shafia

    Pada pendapat saya, saya setuju dengan Hang Jebat kerana dia sedang membuat jasa dengan membela kawannya Hang Tuah.

  3. m9izzul5

    saya berasa bahawa kedua-dua pahlawan itu tidak pandai. mereka bergaduh untuk sultan yang berperangai syaitan. tidak masuk akal untuk melawan untuk sultan kerana sultan tidak akan tolong kami jikalau kami dalam kesusahan. itu pendapat saya.

  4. vaderdamha

    Saya berasa bahawa Hang Tuah yang bersalah kerana dia mahu mendengar Sultan yang mahu membunuh dia. Juga, Hang Jebat juga yang mahu membalas denda kematian Hang Tuah jadi dia ada hak untuk membunuh Sultan.

  5. rmhaqimi

    Tiada siapa yg wira dalam lagenda ini.Dua-dua pahlawan yang tiada akal kerana bergaduh untuk sultan yang tidak bermoral itu.

  6. Vaya

    Saya setuju dengan Hang Tuah kerana Hang Jebat tidak sepantasnya mengamuk dan membunuh banyak orang

  7. Saya tidak setuju dengan Tuah kerana Jebat mahu menyelamatkannya. Namun, dia seperti tidak berterima kasih. Jebat hanya terlibat dalam kesalahfahaman kerana dia berfikir bahawa Tuah telah dibunuh.

  8. Vaya

    Saya setuju dengan Hang Tuah kerana Hang Jebat tidak sepantasnya mengamuk dan membunuh banyak orang.

  9. AHHIIINN(:

    Saya setuju dengan Hang Jebat bukan Hang Tuah.
    Dia sedang membela kawannya bukan membuat perkara yang jahat.(:

  10. vaya94

    Saya setuju dengan Hang Tuah kerana meskipun Hang Jebat marah dengan Sultan, dia tidak sepantasnya membunuh banyak orang.

  11. athirahwawa

    Pada pendapat saya, yang salah dalam kisah ini adalah Sultan kerana awal pertarungan ini bermula dari kesalahan sultan dan menyalah gunakkan kebaikkan serta ketaattan Hang Tuah.
    Ini kerana dia menyuruh Hang Tuah menentang sahabatnya. Juga, Hang Jebat yang meneggakkan keadillan lalu pada pendapat saya dia benar dan wira dalam kisah ini.

  12. airstrike94

    Saya merasa bahawa keuda orang sahabat itu adalah pahlawan. Hanya sahaja mereka mempunyai sifat dan jalan hidup yg berbeza. Hang Jebat ingin membunuh sultan kerana sudah sultan telah membunuh Hang Tuah. Jadi dia berhak untuk membunuh sultan kerana dia sudah membunuh sahabatnya. Hang Tuah yang sangat menghormati dan patuh pada sultan tidak ingin sultan mati sehingga ia membela kerajaan. Tetapi dalam video yang saya lihat. Jelas sekali bahawa Hang Tuah tidak sengaja mumbunuh Hang Jebat.

  13. sartiniwewe

    Saya setuju dengan tidakan hang jebat kerana dia mengikut keadilan dan tidak taat kepada keputusan sultan untuk membunuh Hang Tuah. Hang Tuah telah membuat tindakan yang salah untuk membunuh sahabat karibnya itu hanya kerana sultan menyuruhnya kerana apa yang dilakukan hang Jebat itu hanya demi Hang Tuah sendiri.

  14. loadincrozt

    Saya setuju dengan Hang Jebat karena dia sedang membela kebenaran dengan membalaskan dendam sahabat baiknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s