2E : Unit 1 (Detik)

letter2

Saudara,

Saya pelajar menengah dua. Teman-teman saya yang pernah menulis kepada saudara berpendapat bahawa saudara memberikan nasihat yang sangat baik. Menurut mereka, nasihat saudara dapat membantu mereka menyelesaikan masalah.

Saya juga memerlukan pandangan saudara. Saya harap saudara dapat membantu saya. saya menggemari tiga jenis kokurikulum: pasukan Kadet Polis Kebangsaan, pasukan badminton sekolah dan Kelab Lukisan. Saya sedar bahawa para pelajar hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu jenis kokurikulum sahaja. Saya meminati ketiga-tiga kokurikulum tersebut. Pengetua menasihati saya agar memilih satu sahaja. Saya berasa serba salah.

Selain itu, saya juga suka berbual di talian sembang dan melungsuri internet sehingga jauh malam. Saya dapat berkenalan dan bertukar-tukar pandangan dengan orang di negara lain. menurut guru darjah saya, aktiviti-aktiviti saya akan mengganggu perhatian saya terhadap pelajaran.

Saya benar-benar memerlukan bantuan saudara. apakah yang harus saya lakukan? Kalau boleh saya tidak mahu mengorbankan perkara-perkara yang saya suka lakukan tetapi saya juga tidak mahu pelajaran saya terganggu.

Yang benar,

Aktif

Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh “Aktif”? Jika kamu adalah seorang kaunselor, apakah nasihat yang kamu akan berikan kepadanya?

Anda diperlukan melakukan dua perkara:
1. Tinggalkan komen dalam pos ini mengenai apa yang patut dilakukan oleh Aktif.
2. Tuliskan sebuah warkah untuk membalas warkah Aktif dalam sesawang anda sendiri.

12 Comments

Filed under Uncategorized

12 responses to “2E : Unit 1 (Detik)

  1. “Aktif” sepatutnya memilih aktiviti kokurikulum Badminton.

  2. theseller

    Dia harus memilih apa yang dia paling suka dari ketiga itu.Jika menurut saya, dia harus mengambil klub badminton.

  3. loadincrozt

    Dia harus memilih 1 korikulum yang paling di senangi dan kurangi waktu melungsuri internet dan tambahkan waktu untuk belajar.

  4. nur qurrratuain

    saya rasa aktif harus mengikut hatinya…

  5. vaderdamha

    Dia seharusnya memilih kokurikulum yang dia akan dapat bartahan dan tidak melecehkan atau manyusahkan.

  6. athirahwawa

    Dia sepatutnya memilih satu jenis kokurikulum yang ringan tetapi boleh mendapat markah kelas kokurikulum yang tinggi. Pilih juga kelas kokurikulum yang boleh dia kekalkan buat selama hari-harinya di sekolah.
    Elakkan menggunakan komputer selalu.
    Gunakan komputer dua hari seminnggu.

  7. rmhaqimi

    Aktif seharusnya memilh aktiviti kokurikulum badminton kerana ia seronok dan membuatkan badan sihat.

  8. sartiniwewe

    Aktif harus memilih aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk dirinya.Dia juga harus tahu bagaimana untuk membagi masa belajar dari masa melungsuri internet.

  9. zatchbell13

    Dia harus memilih satu aktiviti dari aktiviti-aktiviti yang ditulis di atas. Pada pendapat saya, dia harus memilih kelab bdminton kerana ia boleh menyihatkan badan.

  10. m9izzul5

    Dia harus memilih hanya satu aktiviti daripada ketiga aktiviti yg ditulis di atas. Pada pendapat saya dia patut memilih kokorikulum badminton kerana ia menyihatkan badan dan memberi pemain rasa yg segar setelah habis main badminton. Dia pun harus menggunkan separuh masanya untuk belajar.

  11. vaya94

    Aktif seharusnya memilih satu jenis kokurikulum yang paling dia minati. Kalau menurut saya Aktif sebaiknya memilih kokurikulum yang bisa dia pergunakan atau teruskan selama hidupnya, sehingga itu bisa menjadi lebih bermanfaat.

  12. Aktif harus pilih satu kokurikulum yang dia paling sukai daripada tiga. Saya ingin dia harus manyertai badminton kerana badminton ialah kokurikulum yang banyak aktif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s