Acara tahunan mengumpul bahan-bahan makanan untuk kebajikan dilakukan sekali lagi tahun ini! Tahun ini, terdapat beberapa orang pelajar Melayu dari CCA kompang serta tarian yang turut terlibat dalam usaha amal ini.
Acara ini diterajui oleh Komiti Kebajikan Sekolah Menengah New Town, dipimpin oleh Mr Kannan & dibantu oleh guru-guru lain termasuk Cikgu Kasumawati Wansi, guru bahasa Melayu NTSS.
Sekolah Menengah New Town juga bekerjasama dengan badan “Food from the heart” iaitu badan kebajikan yang memberikan bantuan makanan kepada keluarga berpendapatan rendah.
Senyuman manis terpancar pada wajah-wajah pelajar 2/6 yang bekerja keras dalam mengumpulkan bahan makanan buat keluarga kurang mampu.
Ariffah & Fadhilah
Para pelajar 2/7 yang juga merupakan pemain-pemain kompang yang handal di Sekolah Menengah New Town.
(Hanafi, Iqbal, Asyraf & Syazwan)
Nadia (2/6) sibuk mengangkat makanan yang telah dikira jumlahnya ke dalam bilik menjahit.
Haaa, lihat berapa banyak yang telah kami kumpul!
…
Langkah kedua akan dijalankan pada minggu hadapan. Nantikan kesudahannya!