Sempena “Food Drive” pada hari Jumaat

Cikgu sedia maklum bahawa beberapa orang teman kamu ( yang mewakili CCA masing-masing) akan menolong mengira dan mengumpul makanan-makanan yang diderma buat “Food Drive” yang bakal diadakan pada hari Jumaat. Di sini, Cikgu hendak sisipkan video tentang mengapa kita perlu menolong orang-orang yang miskin atau kurang bernasib baik.

Perhatikan gambar di bahagian 1:01. Apa yang sedang terjadi? Bincangkan bersama.

 

Baca artikel di sini.

1. Apakah sebab-sebab kemiskinan terjadi?

2. Bagaimana dapat kita atasi kemiskinan?

 

Untu para pelajar yang tidak dapat klik pada pautan itu, artikel yang cikgu maksudkan ada di bawah. Klik ‘read more’

KEKALKAN SEMANGAT, BAIKI PENCAPAIAN SEJAUH INI

Teks penuh ucapan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam bahasa Melayu di Rapat Hari Kebangsaan, di Pusat Kebudayaan Universiti (UCC) Universiti Nasional Singapura (NUS) malam tadi. Ekonomi Amerika Syarikat mengalami masalah serius dan ini menjejas seluruh dunia.

Kesukaran ini dijangka berterusan sekurang-kurangnya ke tahun depan. Ekonomi kita dijangka lembap tetapi saya yakin kita akan berjaya harungi badai ini.

Satu kebimbangan besar rakyat Singapura adalah inflasi yang meningkat. Di merata dunia, harga sumber tenaga dan makanan telah melambung tinggi.

Di Singapura pun, harga banyak barang telah naik. Rakyat Singapura berasa keperitannya.

Kos sara hidup yang lebih tinggi menjejas lebih-lebih lagi golongan bergaji rendah, termasuk keluarga Melayu/Islam.

Pemerintah berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban ke atas rakyat Singapura.

Kita telah mengagihkan bantuan yang besar dalam Belanjawan tahun ini. Hampir setiap keluarga dapat habuan tetapi golongan susah dan warga tua mendapat agihan terbanyak. Bantuan yang diterima cukup untuk menampung kenaikan harga barang.

Anda boleh membantu diri sendiri. Berbelanjalah dengan bijak dan belilah barangan berjenama pasar raya (atau house brands), bukan barangan berjenama terkenal yang sememangnya lebih mahal.

Setiap keluarga juga harus berjimat dan berdisiplin dalam hal-hal kewangan. Bak kata peribahasa: Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Saya telah bercakap tentang perkara ini beberapa bulan lalu, dan saya gembira masyarakat Melayu/Islam telah memberi respons yang membina.

Misalnya, banyak keluarga telah menyertai program ‘Mengurus Kewangan Anda’ (atau Talking Dollars And Sense) anjuran CDC atau Majlis Pembangunan Masyarakat.

la telah membantu mereka merancang kewangan, mengawal perbelanjaan dan mengurangkan hutang mereka. Keluarga-keluarga ini kurang berasa tertekan sebab mereka tahu cara menangani masalah kewangan.

Namun pada masa-masa sukar ini saya sangat khuatir tentang keluarga pincang, terutama sekali masa depan anak-anak mereka.

Masyarakat Melayu/Islam sedang bekerja keras untuk mengatasi masalah ini.

Pada bulan lalu, saya telah hadiri jamuan ulang tahun PPIS (atau Persatuan Pemudi Islam Singapura). Saya kagum melihat begitu ramai kaum wanita Melayu/Islam yang berpendidikan, berkerjaya dan berkeluarga tetapi masih aktif menyumbang kepada PPIS.

Mereka adalah karyawan generasi baru. Mereka menganjurkan program bagi ibu tunggal dan mengendalikan pusat-pusat khidmat keluarga.

Ini suatu contoh golongan Melayu/lslam berjaya yang tampil berkhidmat kepada masyarakat.

Menangani masalah keluarga pincang adalah satu usaha jangka panjang.

Mendaki sedang bekerjasama dengan badan-badan Melayu/Islam, menerusi Forum Pemimpin Masyarakat, untuk menggembleng seluruh masyarakat. Pemerintah menyokong kuat usaha ini.

Masyarakat Melayu/lslam juga harus beri sokongan anda.

Untuk tujuan ini, kita harus peruntukkan lebih banyak sumber menerusi Mendaki, dari MBMF (atau Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki). Dengan cara ini, kita boleh mencapai lebih banyak kemajuan.

Selain memberi dana kepada Mendaki, MBMF juga menyokong program pembinaan masjid.

Ini adalah satu inisiatif masyarakat yang amat berjaya sekali.

Selama 30 tahun, menerusi MBMF, masyarakat Melayu/Islam telah membina masjid-masjid baru serba moden, satu demi satu, di seluruh Singapura.

Sebanyak 22 buah masjid telah dibina, dan masjid yang ke-23, Masjid Al-Mawaddah di Sengkang, akan siap tahun ini.

Ramai pelawat dari negara-negara jiran telah kunjungi dan kagumi masjid-masjid kita, termasuk cara ia ditadbir. Tentu sekali ini satu penghormatan kepada masyarakat Melayu/Islam kita.

Sekarang, program pembinaan masjid hampir selesai. Soalnya ialah apa yang akan kita lakukan selanjutnya?

Saya cadangkan kita mulakan satu program baru: iaitu program peningkatan masjid.

Masjid-masjid yang dibina lebih awal telah menunjukkan tanda-tanda usang.

Saya ingat lagi sekitar 25 tahun lalu, sebelum saya masuk politik.

Ketika itu, saya sedang memandu. Saya baru pulang dari Johor Bahru, dan pertama kali melihat Masjid An-Nur di Woodlands. la begitu indah dengan menara birunya.

Terus saya terfikir, ‘Wah, cantiknya masjid ini’.

Orang-orang lama mungkin masih ingat, Masjid An-Nur dibina pada tahun 1980. la adalah antara enam masjid ‘generasi baru’ pertama yang dibangunkan di bawah Dana Pembinaan Masjid.

Hari ini, memang ia masih indah tetapi saya juga telah berkunjung ke Masjid An-Nahdhah di Bishan dengan Pusat Harmoninya.

Saya juga telah melihat reka bentuk Masjid Al-Mawaddah yang begitu menarik. Kedua-dua masjid ini ada keistimewaan tersendiri.

Ternyata masjid-masjid kita memerlukan nafas baru.

Ini boleh dilakukan dengan membaik pulih dan menambah kemudahan masjid-masjid lama ini. Misalnya, kita boleh sediakan bilik-bilik kegiatan untuk belia serta membina lif dan tanjakan (atau ramp) untuk jemaah warga emas.

Hasilnya, masyarakat akan dapat memanfaatkan masjid-masjid yang mempunyai kemudahan terkini dan memenuhi pelbagai keperluan masyarakat Islam moden.

Program pembinaan dan peningkatan masjid kita perlu dilengkapkan dengan pendidikan agama yang baik.

Tahun lalu, tiga madrasah sepenuh masa (Aljunied, Al-Irsyad dan Al-Arabiah) telah bergabung membentuk Sistem Madrasah Bersama (JMS).

Mereka akan bekerjasama dengan Muis untuk memperkaya dan meninggikan mutu pendidikan madrasah.

Tetapi untuk melakukan ini, ketiga-tiga madrasah memerlukan lebih banyak sumber. Mereka bercadang untuk mengumpul dana dan telah pun meminta sokongan Muis.

Pemerintah telah menimbangkannya dengan teliti. Madrasah bukanlah sebahagian daripada sistem sekolah negara, jadi sukar untuk pemerintah membiayai madrasah.

Bagaimanapun, ada baiknya jika kita dapat menggembleng sokongan masyarakat Melayu/Islam yang lebih luas.

Kita boleh timbangkan kemungkinan menggunakan sebahagian daripada dana MBMF untuk pendidikan agama, termasuk inisiatif seperti JMS.

Saya telah sentuh tiga inisiatif utama bagi masyarakat Melayu/ Islam:

Pertama, memperluas usaha Mendaki membantu keluarga pincang;

Kedua, melancarkan program peningkatan masjid; dan

Ketiga, membiayai pendidikan agama menerusi MBMF.

Untuk melaksanakannya, kita perlu menaikkan kadar sumbangan pekerja kepada MBMF.

Tetapi pada masa yang sama, kita pastikan kadarnya adalah termampu, terutama sekali bagi pekerja yang bergaji rendah.

Saya telah bincangkan idea- idea ini dengan Menteri Yaacob Ibrahim, dan para Anggota Parlimen Melayu. Mereka telah merisik-risik pandangan para pemimpin masyarakat dan telah menerima sokongan bagi idea-idea ini.

Dr Yaacob akan melakarkan butir-butirnya dan mengumumkan cadangan-cadangan khusus, minggu ini.

Dalam melakukan penyesuaian ini ke atas MBMF dan pendidikan agama, kita harus ingat tentang masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama Singapura.

Sedang kita mengekalkan tradisi dan mengamalkan kepercayaan agama masing-masing, kita juga harus kukuhkan ikatan kita sebagai sebuah negara.

Inilah cara bagaimana kita dapat kekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Kita harus hargai pencapaian ini dan menatangnya bagai minyak yang penuh.

Oleh itu, sedang masyarakat Melayu/Islam meningkatkan kemudahan masjid, anda harus terus sertai kegiatan akar umbi yang lain.

Masjid-masjid juga harus menganjurkan kegiatan bersama dengan pertubuhan masyarakat yang lain.

Satu contoh yang baik ialah acara Rahmatan Lil Alamin yang saya hadiri di Masjid Al-Iman di Bukit Panjang baru-baru ini.

Acara itu mengadakan derma darah dan menjamu golongan susah tidak kira bangsa atau agama. Juadahnya dimasak sendiri oleh sukarelawan dari semua masjid di Singapura.

Saya tidak menderma darah tetapi saya beruntung dapat makan nasi beriani yang sungguh lazat.

Tidak kurang pentingnya, sedang masyarakat Melayu/Islam meningkatkan pendidikan madrasah, anda harus peruntukkan sumber bagi membaiki pembelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Dengan cara ini, masyarakat Melayu/Islam akan terus mencapai kemajuan ekonomi dan sosial, demi memastikan masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.

Masyarakat Melayu/Islam sedang membina sebuah Masyarakat Cemerlang yang progresif dan tergabung baik dengan masyarakat lain.

Semangat masyarakat Melayu/ Islam adalah kental, bersatu dan yakin.

Dengan sokongan penuh daripada Pemerintah, marilah kita teruskan usaha untuk membaiki apa yang kita telah capai dan menempa kejayaan yang lebih besar untuk masyarakat Melayu/Islam dan juga Singapura.

 

SELEPAS beberapa tahun berkembang, tahun ini ekonomi kita hadapi lebih banyak cabaran.

11 Comments

Filed under Uncategorized

11 responses to “Sempena “Food Drive” pada hari Jumaat

  1. Syahreena

    Saya akan menghalau burng itu.

  2. Shamir

    Saya akan mengangkat budak itu ke tempat lain jauh dari burung itu.

  3. Arifah

    Saya rasa burung itu akan memakan budak kecil yang malang itu.Mereka tidak ada makanan dan minuman yang berkhasiat.Jika saya berada di sana,saya akan membantu orang-orang di sana.Saya akan memberi mereka makanan dan minuman yang sebanyak mungkin.

  4. dyla07

    Burung Hering itu akan memakan budak kecil itu.
    Jika saya berada di situ saya akan menghalau burung itu jauh dari situ supaya budak kecil itu tidak dicedarakan.

  5. yayyahh

    Saya akan berasa simpati dan kesian kepada budak itu kerana berada di tempat yang berbahaya.. Dan, jika saya berada di tempat itu, saya akan menghalau burung itu kerana ingin menyelamatkan budak kecil itu.
    (:

  6. Nadia

    Malang sunguh nasib kanak-kanak yang tidak berakal itu.Jika saya berada di sana,saya akan membantu mereka seberapa yang saya mampu.
    Melihat video ini,saya berasa bertuah kerana nasib saya tidak semalang itu.Saya akan memberi mereka barang keperluan harian..

  7. diniyy

    Saya akan menghalau burung itu lalu menolong budak kecil itu ke tempat yang tidak bahaya.Saya juga akan memberi budak itu makanan supaya dia akan ada tenaga dan khasiat .

  8. CIkgu Kasuma

    Terima kasih C Aisyah kerana telah menyelitkan petikan video yang saya rasa amat bermakna buat pelajar kita. Memang perlu ada kesedaran di kalangan mereka agar mereka menjadi insan yang lebih baik dan tidak mementingkan diri sendiri.
    Terima kasih juga kerana telah membantu memeras tenaga menbantu kami mengumpulkan makanan-makanan itu. Semoga Allah memberkati segala usaha kita bersama dalam membentuk keperibadian anak didik kita. Insya Allah.

    Ikhlas
    C Kasuma

  9. aishahjunaidi

    🙂

    Awwww…. Terima kasih Cikgu.

    Ok Cikgu, saya jumpa Cikgu dalam masa lima minit di Needle Work Room!

    Kerja kita belum selesai! (Tetapi gambar saya sudah muatnaikkan. hee.)

  10. Nur Deanna

    Saya rasa amat simpati terhadap
    keluarga yang penuh kemiskinan…
    Sebagai manusia kita harus menolong
    mereka sejauh mana yang kita mampu…
    Kita tidak boleh sombong dengan mereka
    walaupun kita ada duit…Bershukur lah
    kerana kita datang dari keluarga yang sederhana…
    Kalau sekarang kita menolong sesama insan,
    Insyallah mereka akan membantu kita pada
    masa akan datang jikalau kita susah pula….
    Amin!

    Ikhlas
    Deanna

  11. nasri dan wan.

    saya terharu setelah menonton video klip tentang orang yang kurang bernasib baik..keadaan mereka yang tinggal tulang itu menunjukkan bahawa mereka tidak mendapat cukup makanan setiap hari..ada yang meninggal dunia akibat kebuluran..sesetengah daripada mereka tidak dapat pergi ke sekolah kerana tidak ada cukup wang untuk ke sekolah..dan kita harus bersyukur atas apa yang kita ada..ALHAMDULILAH..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s