Monthly Archives: September 2009

1E: Unit 5 ( Ditelan zaman?)

congkak_5

seremban

Adakah permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban akan ditelan zaman? Kongsi pendapat kamu dalam bentuk komen dalam pos ini.

Tulis tentang sejenis permainan tradisional dalam pos baru di sesawang kamu. Sarankan beberapa cara bagaimana permainan ini dapat dilestarikan.

8 Comments

Filed under Uncategorized

2E: Unit 15 ( Pada suatu ketika dahulu…)

 

Dalam video ini, Hang Tuah mengatakan bahawa Jebat patut dibunuh kerana menderhaka kepada Sultan. Adakah kamu setuju dengan pernyataan Hang Tuah? Mengapa? Berikan pendapat kamu dalam bentuk komen di dalam pos ini.

Ada beberapa pendapat yang mengangkat Hang Tuah sebagai wira, manakala ada pula yang menjunjung Hang Tuah sebagai wira. Apa definisi seorang wira? Siapakah wira dalam kisah Hang Tuah dan Jebat ini? Lungsuri internet dan tuliskan sebuah esei yang panjangnya tidak kurang daripada 150 patah perkataan untuk menjelaskan konsep wira dan juga beberapa sebab mengapa kamu rasa Hang Tuah atau Jebat yang sepatutnya dinobatkan sebagai wira dalam kisah yag kamu tonton tadi. Tuliskan esei ini dalam bentuk pos baru di sesawang peribadi kamu.

 

Jika berkesempatan, kamu juga digalakkan untuk memberikan komen di sesawang kawan kamu tentang pendapat mereka.

14 Comments

Filed under Uncategorized